“Ini adalah sebuah tong sampah tempat membuang segala sampah sarap yang sarat di dalam kepala. Tidak akan ada nilai-nilai intelektual di dalamnya! Tidak ada nilai-nilai moral yang layak dicontohi. Tak akan ada juga nilai budaya mahupun unsur-unsur abstrak seni yang “khurafat”! Ini hanyalah selaku tempat aku kumpulkan segala kebodohan, kepincangan, kebengongan dan serba-serbi bangang!!!
Disember 26, 2009
Aku Masih Muda?
26 Disember, hari lahir. Semalam 29, namun hari ini 30 tahun.
Tiga dekad sudah di dunia ini. Diam seketika.
Di luar sana salji memutih. Orang salji (snowman) yang di bina bersama isteri masih berdiri utuh. Hidungnya daripada lobak merah dan mata dari buah limau.
Lalu hati bertanya. Adakah aku masih muda?
Ya! Aku masih muda! Kerana aku hidup dan mimpi-mimpi dari hari muda yang semalam masih segar di hari muda aku di saat ini.
Yang jadi tua adalah muda yang hilang mimpinya. Mimpi-mimpi yang di rampas angan-angan dunia.
Aku masih muda kerana aku masih bermimpi. Mimpi yang tidak bisa di rampas!
Maka aku akan terus bermimpi, kerana mimpi adalah percuma!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan