Oktober 06, 2010

Semakin Maju?

Di meja makan di dalam sebuah kedai makan di sebuah kota di benua Eropah;
Beberapa orang pelajar berbangsa melayu sedang menjamu selera...
lalu secara entah dari mana asal mulanya...terdengar satu dakwaan berat 'Ekonomi kita (Malaysia) semakin maju''tindakan kerajaan (liberalisasi ekonomi) punya kesan janggka panjang yang cukup baik'.
Betul kata Najib 'our fundamental is strong'.....very very strong.

Kembara

Jadi pengembara, hidup berkelana
Jauh dari kampong halaman
Rindu tempat kelahiran
Sarat di pikiran
Dan mereka hanya meneka
Terkadang mereka mengata
Tapi tiada lebih dari menyangka
Bahawa hidup di tanah orang
Indah.... seindah pengalaman
Ku lewati kota-kota dunia
Selisihi jutaan manusia
tapi tiada yang menyapa.

Oktober 05, 2010

Lama tak bermenate berok

lama tak menulis, terlupa seketika bahawa saya ada blog juga. Ini terjadi kerana saya sibuk membaca blog-blog yang cool dan terlupa untuk menulis untuk blog sendiri.

Februari 04, 2010

BURUNG KATAK TUA POP






Lagu ini saya cipta ketika duduk termenung bertemankan secawan kopi di kedai kopi
The Elephant House. Kedai kopi in adalah tempat di mana suatu ketika dulu J.K. Rowling, di saat beliau masih lagi sengkek dan tidak kaya,
duduk termenung sambil mencari idea untuk menulis Harry Potter.
Lalu, sambil saya mengoya seperti J.K.Rowling, teringat akan lagu burung kakak tua dan lompat si katak lompat yang saya belajar ketika di awal persekolahan rendah dulu.
Lalu saya gabungkan binatang yang bernama katak dan burung kaka tua ini ke dalam karya genius saya ini.
Sila nyanyi ramai-ramai (ikut melodi lagu burung kaka tua dan bila sampai ke bahagian rap, gunakan gaya bebas atau free style anda)
Selamat terhibur….ajak abah kau nyanyi sekali.



(1)
Burung kakok tuo,
Pandai berkato-kato,
Bila sudah tua,
Adik nak jadi gapo?
Burung kakok tuo,
Meme pandai mengato,
Bila sudah tuo,
Masuk cawange UMNO.
(2)
Burung kakok tuo,
Pandai berkato-kato
Cuba adik tanyo,
Gapo dia nyo makno?
Burung kakok tua ,
Meme pandai mengato,
Bila kita tanyo,
Tak tahu gapo sekaro.

Rap; (Jay-Z berkemungkinan akan di jemput untuk rakaman)

Maka berkumpol lah segalo menate,……………Yak bokte (ramai-ramai)
Dari seluroh pelusuk rimba dan hute……………ohh yeah (ramai-ramai)
Ada gajah,ada Rima ada juga orghe Ute……….
Gegak gemita seantero rimba, sapa babi tokleh ngube…….Babi!Babi! Ngube!!!(ramai-ramai & kuat abih gheng)

(ulang 1 dan 2)

Dari jauh kok alik jatuh, Nampak Tok Katok terlompat-lompat………Toing! Toing! Toing
Semua menate bui jale pasal Tok Katok nak naik berucap……..huha huha huha!
Bila Tok Katak buka mulut semua menate pucat kelat……….
Takut nya terkena lidah katok, silap mati tokde ngucap!!!! Ngucap..ngucap! LA ILA HAILL ALLAH!

(ulang 1 dan 2)

Semua menate angguk-angguk, Nampak mace pokko hangguk…….hangguk!
Mace pehe mace yakin, sampai ngatuk tersengguk-sengguk……..sengguk!!!
Tok Katok suka hati tengok menate tokleh katop mulut……….
Duk koya tahun ni, banyok lah kena padoh make pulot!!!! Pulot!! Pulot!!!

(1)
Burung kakok tuo,
Pandai berkato-kato,
Bila sudah tua,
Adik nak jadi gapo?
Burung kakok tuo,
Meme pandai mengato,
Bila sudah tuo,
Masuk cawange UMNO.
(2)
Burung kakok tuo,
Pandai berkato-kato
Cuba adik tanyo,
Gapo dia nyo makno?
Burung kakok tua ,
Meme pandai mengato,
Bila kita tanyo,
Tak tahu gapo sekaro.

Januari 27, 2010

Januari 25, 2010

PEMUDA MELAYU


Aku ini pemuda melayu
Dan puisi ini pun melayu
Bisakah ia di panggil sajak atau syair melayu?
Kerana aku rasa bahasa ini pun punya melayu..
Hidup Melayu..!!!!
Dan yang setengah mati itu bukanlah melayu?
Perut ku ini, pemuda melayu
Tumbuh membusung layaknya sebutir labu

Jadi melayu ,harusnya ada cita-cita tinggi,
Tinggi itu biarlah sebenar-benar tinggi
Seperti menjadi bapak menteri
Paling bangang pun boleh pergi PWTC
Satu tahun satu kali?
Lima puluh ringgit satu hari…. hanya duit kopi!

Pemuda melayu, menuntut ilmu biar tinggi-tinggi
Biar sampai ke luar negeri,
Paling kurang, universiti dalam negeri.
Janji university…
Sekali sekala pakai baju batik warna warni
Ke majlis itu dan ini
Program sana dan sini…
Balik kampong hidung mesti tinggi!!

Ahhhh jangan jadi pemuda melayu
kalau tidak tahu apa itu proton Myvi
Atau Mercedes entah apa-apa siri…
Semua ini adalah status diri..

Muka hensem tidak penting
janji gaya, penampilan ala Khairy jamaludin
barulah ada ciri-ciri seorang pemimpin
karisma kepala otak kau jangan ambil pusing
janji selalu kelihatan, bersama orang-orang penting

Itu lah pemuda melayu,
Kalau nak tahu..

Mesoul,

Edinburgh

Disember 28, 2009

Andalusia; Tunggu aku datang!

Hari ini di Cafe Andalus.
Buah zaitun, minyak zaitun, paila, udang celup tepong.
Ikan bilis jeruk dan ikan sea bass.
Tiba-tiba di meja yang penuh dengan hidangan tapas,
isteri aku yang seksi mengumumkan;
kami akan ke Granada bulan Februari yang akan datang
sebagai hadiah harijadi.
Andalusia, tunggu aku.
Aku akan datang melawat.
Kenalimu lewat lagu M.Nasir dan puisi si LoloQ
Ingin aku hidu harum setanggi mu,
Ingin ku menari bersama irama flamenko mu..
ingin aku sentuh ilham syorga di dunia ini.
Andalusia, tunggu aku.
Aku datang.

Disember 26, 2009

Aku Masih Muda?


26 Disember, hari lahir. Semalam 29, namun hari ini 30 tahun.
Tiga dekad sudah di dunia ini. Diam seketika.
Di luar sana salji memutih. Orang salji (snowman) yang di bina bersama isteri masih berdiri utuh. Hidungnya daripada lobak merah dan mata dari buah limau.

Lalu hati bertanya. Adakah aku masih muda?
Ya! Aku masih muda! Kerana aku hidup dan mimpi-mimpi dari hari muda yang semalam masih segar di hari muda aku di saat ini.
Yang jadi tua adalah muda yang hilang mimpinya. Mimpi-mimpi yang di rampas angan-angan dunia.
Aku masih muda kerana aku masih bermimpi. Mimpi yang tidak bisa di rampas!
Maka aku akan terus bermimpi, kerana mimpi adalah percuma!