September 20, 2008

Pembolog

Seorang kawan ajukan satu soalan yang bercampur perlecehan "sejak bila pula pandai memblog"?
Menate Broke mung! kalau Khir Toyo boleh tulis blog takkan aku tak boleh?
ok apa? hahahaha

September 12, 2008

Operasi Lalang 2?

Satu kabar yang sedih dari Malaysia.
Beberapa orang telah di tahan di bawah ISA di saat ini.
Adakah ini senjata terakhir regim BN sebelum tewas 16 September ini?

"That's enough ... from you, Yankees," Chavez

Amerika telah dimalukan oleh Venezuela! Presiden Hugo Chavez dengan selamba telah menghalau duta Amerika dari negaranya. 72 jam tempoh di berikan kepada duta tersebut untuk meninggalkan Venezuela.
Sementara itu Evo Morales, Presiden Bolivia juga menyahkan duta Amerika di negara itu.
Satu tamparan hebat terhadap Amerika!
Apa yang Amerika boleh buat sekarang? Kuasa imperialis ini masih lagi dalam keadaan gelabah dan panik dengan Iraq dan Afghanistan…
Satu kelebihan buat Russia…

September 11, 2008

Acara mencari sekutu…

Selepas tercetusnya konflik di Georgia baru-baru ini,
Russia dan Amerika di lihat sedang di dalam perlumbaan mengumpulkan sekutu.
Russia di laporkan menghantar dua pesawat pengebomnya ke Venezuela untuk latihan bersama tentera negara itu di dalam satu latihan militer. Umum tahu bahawa Venezuela memang tidak kamceng dengan Amerika.
Sebelum ini Amerika di lihat cuba menayangkan bahawa negara itu mempunyai ramai “geng” di Eropah seperti Poland, Ukraine, dan termasuklah Georgia.

Apakah ini bermakna perang dunia ketiga akan tercetus?

China larang Puasa

Al-Jazeera melaporkan bahawa
Muslim (etnik uighur) di larang berpuasa di wilayah Xinjiang oleh kerajaan China.

Saya menyeru “pejuang islam” yang baru-baru ini berdemonstrasi di hadapan bangunan Majlis Peguam terutamanya Zukifli Nordin supaya tampil berdemonstrasi di Kedutaan China demi menunjukkan semangat solidariti sesama Islam.

September 06, 2008

Selamat tinggal Glasgow

Hari terakhir di tempat kerja hari ini. Pinggan berlambak yang perlu di cuci. Tapi memandangkan hari terakhir….buat selamba.
Jam 6 petang ..tarik nafas panjang-panjang dan terur jalan pulang ke rumah.
20 september ini mesti berada di London.
Jadi baik habiskan masa di Edinburgh selama seminggu paling kurang sebelum ke kota London yang dengar khabarnya tersangatlah besar.
Juga dikatakan bahaya. Oranganya paling kurang ajar di United Kingdom.
Tahun ini saja 25 orang tewas di tikam dengan senjata tajam di jalanan di kota ini.
Tapi perasaan ingin melihat London tetap memuncak.
Sekarang baik pergi makan sahur dulu…

September 04, 2008

Buka Puasa+40 ahli parlimen melompat

Jam 6 petang. Masih awal. Buka puasa jam 8:11 mlm hari ini.
Sempat berbual dengan seorang kawan dari Malaysia melalui Yahoo Messenger.
Perbualan berkitar pasal makanan atau juadah buka puasa.
Kerek!
Juga sempat bercakap pasal perkembangan politik di Malaysia..
Apakah benar Anwar telah Berjaya mengumpulkan 40 ahli parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke dalam Pakatan Rakyat?
Benar atau tidak?
Kalau tidak , mampus Anwar kena jawab pasal banyak orang akan mengatakan bahawa beliau seorang penipu!
Tapi apa pula kalau benar?
Ya memang Anwar boleh menubuhkan kerajaan baru dengan 40 ahli parlimen tersebut.
Tapi adakah 40 ahli parlimen tersebut adalah ahli parlimen yang bersih dan tidak korup?
Ini kerana adalah menjadi standard ahli parlimen Pakatan Rakyat, bersih rekod dari rasuah atau korupsi.
Tidakkah 40 ekor ahli parlimen ini jikalau mempunyai rekod korupsi, hanya akan menjadi masalah dan bebanan kepada kerajaan bari itu nanti.???
Harap-harap 40 ahli parlimen yang akan melompat itu adalah ahli parlimen yang bersih…
Wallahuallam…

Surprise?

Tak sabar rasanya nak menunggu tarikh 16 september 2008. Tarikh yang kononnya bila satu kejutan akan berlaku di dalam arena politik Malaysia.
Setiap hari terpaksa mengadap laptop dan membaca Malaysiakini untuk mengetahui perkembangan semasa. Aku rasa seluruh Malaysia sedang menunggu apakah surprise yang bakal terjadi.

September 02, 2008

Ramadhan ini

Hari kedua….bulan Ramadhan 1429 Hijrah/2008 Masihi..
Kali pertama menjalankan ibadat puasa di negeri asing. Begitu asing.
Berpuasa di Kuala Lumpur sudah cukup asing daripada Kelantan.
Tapi di sini bertambah asing dan pelik.
Tiada azan maghrib bagi menandakan masuk waktu berbuka puasa.
Tiada akok..
Tiada nekbak..
Tiada nasi kaya..
Tiada puteri mandi..
Tiada nasi kerabu..
Tiada budu..
Tiada ikan singgang….
Tiada mek..tiada ayah…tiada adik-adik…tiada kawan-kawan..
Aaahhhhhhhhh…mentallllll